[TERKINI] Mangsa Positif COVID-19 Di Kelantan Baru Pulang Bercuti Dari Kundasang

COVID-19

[TERKINI] Mangsa Positif COVID-19 Di Kelantan Baru Pulang Bercuti Dari Kundasang

Semalam kita dikejutkan dengan angka positif COVID-19 yang mencecah 3 angka di Malaysia.

Salah seorang daripadanya adalah rakyat Kelantan. Hari ini, Jabatan Kesihatan negeri Kelantan (JKNK) telah mengesahkan seorang individu yang didapati positif Covid-19 merupakan individu yang baru pulang bercuti di Kundasang, Sabah. Menurut pengarah Dr Zaini Hussin, kes tersebut dikesan semasa saringan terhadap individu dari kawasan berisiko iaitu Sabah yang dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.Individu ini berusia 49 tahun dan mempunyai sejarah bercuti ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah pada 19 hingga 22 September lalu. Susulan pengesanan positif ini, seramai 48 kontak rapat telah dikenal pasti termasuk kontak dalam kalangan keluarga, kawan, tempat kerja dan dalam pesawat. Untuk makluman, setakat hari ini sebanyak 161 kes positif COVID-19 termasuk 3 kematian telah dilaporkan di Kelantan.

Advertisement

Sebagai informasi, kes terbaru ini tidak mempunyai sebarang gejala dan individu tersebut telah pun dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 23 September. Semoga kes COVID-19 tidak menular di Kelantan. Sila pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berada di Kelantan.

Sumber : Malaysiakini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...