August 14th, 2009

lee chong wei

Adoi. Kecewa lagi Malaysia dibuatnya. Dato’ Lee Chong Wei tewas mengejut di tangan Sony Dwi Kuncoro di keputusan terkini suku akhir Kejuaraan @ Kejohanan Badminton Dunia. Kecewa sangat-sangat kami dibuatnya. Nasib baik kalah 3 set. Kalau kalah 2 set memang sangat-sangat memalukan.

Nasib baik luka di hati terubat jugak bila beregu lelaki negara dua-dua layak masuk separuh akhir. Mohd Zakry and Mohd Fairuzizuan kalahkan Korea Selatan dan Kien Keat and Boon Heong pulak kalahkan Amerika Syarikat versi Indonesia, Howard Bach-Tony Gunawan. Tahniah buat kedua-dua beregu Malaysia.

Kitorang rasa Dato’ Lee Chong Wei mungkin dah terbayang nak jumpa Lin Dan kat semi sebab tue gagal tumpukan perhatian masa lawan Sony Dwi Kuncoro nie. Lepas tue banyak sangat main net. Tak ada killer smash. Banyak sangat rally. Tak apalah, mungkin tak ada rezeki Malaysia kot.

Apa-apa pun marilah terus menyokong badminton Malaysia. Teruskan perjuangan anda semua di Kejohanan Badminton Dunia.


Comments are closed.

Loading...