(Terkini) Kotak Hitam Lion Air JT610 Ditemui

Trending

(Terkini) Kotak Hitam Lion Air JT610 Ditemui

Semalam, pasukat mencari dan menyelamat (SAR) telah menerima isyarat bunyi ping daripada kotak hitam pesawat Lion Air JT 610 yang terlibat dalam nahas yang melibatkan 189 mangsa.

Advertisement

Kotak hitam pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu hari ini telah ditemui tetapi telah terpecah kepada dua bahagian dipercayai kerana hentakan yang kuat ketika terhempas.  Peranti itu seharusnya memberikan petunjuk tentang apa yang berlaku pada pesawat itu setelah hilang hubungan selepas 13 minit berlepas awal pada hari Isnin dari Jakarta, dalam perjalanan ke Pangkal Pinang.

Pasukan penyelam Angkatan Laut, Tentara Nasional Indonesia (TNI) menjumpai kotak berwarna jingga itu sekitar 11.50 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 30-40 meter dasar laut dan dibawa naik ke atas kapal Baruna Jaya I.

Sumber: Kosmo

Kotak hitam yang dinaikkan itu diselaputi lumpur dan ia perlu terus diletakkan di dalam bekas yang berisi air laut untuk memastikan fungsinya terpelihara dan seterusnya akan diproses mengikut prosedur tertentu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap data yang terdapat dalam peranti itu.

Peranti itu dijumpai pada 500 meter dari koordinat terakhir pesawat itu dikesan. Ia telah diserahkan kepada Badan Keselamatan Pengangkutan Nasional untuk pemeriksaan. Menurut pihak berkuasa, kotak hitam yang ditemui itu hanya megandungi rakaman data penerbangan, sementara perakam suara kokpit yang merakamkan percakapan terakhir antara juruterbang dan menara kawalan masih belum dijumpai.

Sebahagian serpihan dari kotak hitam terbabit dipercayai berada di sekitar lokasi penemuan serpihan pertama. Operasi mencari serpihan kedua diteruskan.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang terkorban terus setia menunggu di pusat maklumat di Jakarta untuk mengetahui perkembangan terbaru insiden itu. Selain menunggu perkembangan terkini, mereka di sana untuk menuntut barangan peribadi mangsa dan juga memberikan informasi yang dapat membantu pihak berkuasa mengenal pasti mangsa seperti tinggi, saiz badan, dan jenis darah.

Perkembangan akan diberitahu oleh pihak polis kepada keluarga dan kenalan mangsa setiap hari pada jam 8 pagi dan 5 petang.

Sumber: Reuters dan Awani

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...