[TERKINI] Kluster Sri Petaling Diisytihar Tamat

COVID-19

[TERKINI] Kluster Sri Petaling Diisytihar Tamat

Setelah sekian lama, susuan pengumuman rasmi oleh Kementerian Kesihatan (KKM), kluster COVID-19 terbesar (Sri Petaling) di Malaysia telah diisytiharkan tamat.

Ini berikutan tiada sebarang kes tempatan COVID-19 dicatatkan pada hari ini.

Gambar Hiasan

Advertisement

Pada 11 Mac lalu, kes pertama yang melibatkan kluster ini telah dikesan oleh KKM.

Seramai 3,375 individu telah menyertai perhimpunan di Sri Petaling dan telah menjangkiti ahli keluarga dan kontak rapat.

ujian saringan

Sehingga hari ini (8 Julai) seramai 42,023 individu telah menjalani saringan dan 3,375 daripada mereka telah disahkan positif. Kluster Sri Petaling merangkumi 38.9 peratus dari jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia.

Seramai 14,500 individu yang menghadiri perhimpunan tersebut terdiri dari rakyat Malaysia dan 1,500 terdiri dari bukan warganegara.

Pada hari ini juga, tiada kes jangkitan tempatan yang direkodkan dan hanya 3 kes baru yang melibat kes import. Tahniah diucapkan kepada frontliners dan juga rakyat Malaysia yang bersama-sama memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...