Melalui laporan Kosmo, seorang anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Allahyarham Nur Farah Kartini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, hari ini.
Pengakuan dibuat di hadapan hakim
Difahamkan, tertuduh yang bernama Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 27, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Julia Ibrahim.

Muhammad Alif didakwa telah membunuh Nur Farah Kartini, 25, di Ladang SKC Kledang, Mukim Hulu Bernam, Hulu Selangor antara antara pukul 9 pagi, 10 Julai hingga pukul 6 petang, pada 15 Julai tahun lepas.
Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Susulan itu, jika didapati bersalah, hukuman yang boleh dikenakan adalah gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sekadar info, Nur Farah Kartini hilang jejak sejak 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan selepas itu, mayatnya dijumpai oleh pihak polis di kawasan ladang sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.