(TERKINI) Kerajaan Benarkan Pawagam, Teater Dan ‘Live Event’ Kembali Beroperasi

Trending

(TERKINI) Kerajaan Benarkan Pawagam, Teater Dan ‘Live Event’ Kembali Beroperasi

Di dalam sidang media harian hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan aktiviti pawagam, teater dan juga live event akan dibenarkan untuk beroperasi bermula 1 Julai 2020. Perkara itu disahkan selepas tatacara operasi standard berkaitan dipersetujui mesyuarat khas menteri.

Walau bagaimanapun, kesemua aktiviti itu hanya dibenarkan beroperasi di dalam kawasan tertutup atau dewan tertutup dengan syarat perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan. Manakala SOP juga ketat dari segi kawalan kemasukan, dengan jumlah tidak melebihi 250 individu setiap pertunjukan dan tertakluk juga kepada keluasan dewan tersebut.

Advertisement

“Kalau dengan penjarakan sosial satu meter kurang daripada 250, maka kuranglah daripada 250 dan tidak bolehlah walaupun kita kata 250, tak boleh mereka benarkan 250 penonton, mesti berdasarkan saiz dewan tersebut.”

Setakat hari ini, kerajaan masih kekal dengan jumlah 250 dan SOP biasa yang perlu dilakukan seperti pemeriksaan suhu badan, pakai topeng muka, cuci tangan dengan sanitizer. Sementara di dalam panggung pula, mesti diletakkan tanda untuk penjarakan. Selain daripada pembukaan semula panggung wayang, aktiviti riadah kolam renang awam, hotel, kondominium, ‘gated community‘ juga dibenarkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...