Kerajaan telah bersetuju untuk mengetatkan semula SOP atau prosedur operasi standard yang berkatan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini berikutan peningkatan kes COVID-19 sejak beberapa hari yang lalu.
Kerajaan memutuskan untuk mengetatkan semula SOP yang dilonggarkan sebelum ini susulan peningkatan kes COVID-19 – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) July 25, 2020
Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini – Datuk Seri Ismail Sabri.
Namun demikian, keputusan ini telah diperesetujui dalm Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berkennaan pada hari ini tetapi maklumat terperinci masih belum lagi diperolehi.
Kalau kedai makan semua kena tutup balik, memang kesian. Jadi walauapapun, sama-sama kita tingkatkan disiplin diri dalam pematuhan SOP sewaktu PKPP ini.
Sumber : Bernama