Umum diketahui bahawa pada 26 September 2020, Pilihan Raya Negeri Sabah telah diadakan. Walaupun pandemik COVID-19 masih lagi menular secara agresif, dilaporkan bahawa segala proses pengundian telah mengikuti SOP yang ditetapkan.
Menurut Harian Metro, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh Perikatan Nasional, Barisan Nasional, dan Parti Bersatu Sabah secara rasmi telah diumumkan sebagai kerajaan baru.
Jumlah kerusi yang dimenangi adalah : Perikatan Nasional (17 Kerusi), Barisan Nasional (14 Kerusi), Parti Bersastu Sabah (7 Kerusi)
Parti Warisan Sabah pula telah memenangi 29 kerusi, dan Parti Keadilan Rakyat pula hanya menang 2 Kerusi, dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, 1 Kerusi.
Sebanyak 739,083 jumlah pengundi hadir, yang bersamaan dengan 66.6% yang dikatakan lebih rendah dari jumlah yang disasarkan; iaitu 70%-75%.