(TERKINI) Keputusan Bela Diri Atau Bebas Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditangguh, Ada Hujah Pembelaan Baru

Berita

(TERKINI) Keputusan Bela Diri Atau Bebas Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditangguh, Ada Hujah Pembelaan Baru

Keputusan kes yang melibatkan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dijadualkan diketahui pagi ini, namun telah ditangguhkan buat sementara di Mahkamah Sesyen di sini.

Ini susulan makluman oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, bahawa pihak pembelaan baru sahaja menyerahkan hujahan tambahan dalam prosiding pagi tadi.

Advertisement

ibu bapa zayn rayyan

“Pihak pendakwaan baru sahaja menerima hujahan tambahan dari pihak peguam pagi tadi di mahkamah. Dalam hujahan tersebut dimaklumkan terdapat beberapa isu dan pendakwaan perlu menjawab isu-isu yang dibangkitkan,” jelasnya.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Hakim Dr. Syahliza Warnoh membenarkan penundaan prosiding selama satu jam supaya pihak pendakwaan dapat meneliti hujahan tambahan tersebut.

“Mahkamah mengambil maklum tentang kes ini dan membenarkan pendakwaan untuk meneliti,” tambah hakim.

Mahkamah Sesyen sebelum ini menetapkan hari ini sebagai tarikh keputusan sama ada pasangan itu akan dilepas atau diarahkan membela diri di akhir kes pendakwaan. – Kosmo Online!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-07-18 11:03:57

[TERKINI] Wan Ahmad Farid Dilantik Sebagai Ketua Hakim Negara Baharu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...