(TERKINI) Kematian Yang Ke-15 COVID-19 Disyaki Kontak Rapat Jemaah Tabligh

COVID-19

(TERKINI) Kematian Yang Ke-15 COVID-19 Disyaki Kontak Rapat Jemaah Tabligh

Sekali lagi negara kita menerima perkhabaran sedih yang dikongsi di laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan kes kematian terbaru COVID-19 menjadikan keseluruhan kes kematian ialah sebanyak 15 kes.

Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1,519, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki antara kontak rapat pesakit kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.

Advertisement

10 daripada 15 kes kematian ini melibatkan kluster jemaah tabligh dan selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Terdapat 106 kes terbaru positif COVID-19 dan menjadikan jumlah kesemuanya 1,624 kes. 64 pesakit yang disahkan positif memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

123 kes yang dikenalpasti adalah daripada kluster jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling. Jumlah kematian pesakit COVID-19 juga meningkat kepada 15 kes kematian setakat yang dilaporkan kini. Berikut adalah imbasan sejarah yang melibatkan kes kematian sebelum ini:

Kes ke-11 kematian melibatkan seorang lelaki berumur 70 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara sebelum ini, kes ke-12 ialah kes yang ke 1114 juga seorang lelaki berumur 70 dan merupakan Jemaah tabligh, kes ke-13 ialah kes 1006 seorang lelaki yang berumur 49 dan merupakan anak kepada pesakit kes 1031 dan yang terakhir ialah seorang wanita yang berumur 51 tahun yang dirawat di hospital Miri, Sarawak dan merupakan kontak rapat kluster tabligh.

Pesakit yang telah pulih dan dibenarkan untuk pulang ialah seramai 24 orang dan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh ialah seramai 183 orang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...