Tular di laman sosial semalam bahawa sebuah kapal terbang telah terhempas di perairan Malaysia, di Pulau Keramat, berhampiran dengan Hotel Flamingo.
Kini, pihak polis Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa mereka telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
Satu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah diarahkan untuk memulakan operasi setelah menerima laporan jam 2.30 petang semalam.
Beberapa lagi agensi yang terlibat seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut terlibat dalam operasi tersebut.