(TERKINI) Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina

Berita

(TERKINI) Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina

Jabatan Peguam Negara mengarahkan supaya diadakan inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir, susulan laporan siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini, memetik Berita Harian.

Setelah Jabatan ini meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina pada 12 Ogos 2025, Jabatan ini memutuskan agar inkues dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Advertisement

Kes Zara Qairina: KPM Tempatkan Pengetua, PK Hem & Warden Di JPN Sehingga Siasatan PDRM Selesai

“Prosiding inkues ini bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina,” kata kenyataan itu.

Menurut Jabatan Peguam Negara, proses tersebut akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Terkini kes zara qairina
2025-08-13 09:17:34

Kes Zara Qairina: KPM Tempatkan Pengetua, PK Hem & Warden Di JPN Sehingga Siasatan PDRM Selesai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...