Terdahulu, kecoh di rata-rata media sosial mengenai isu penggunaan dan perkidmatan LRT Pasar Seni yang mengecewakan apabila pengguna terpaksa beratur panjang sehingga ke eskalator yang menghubungkan MRT.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL, MRT, LRT, BRT dan monorel serta bas Rapid KL selama sebulan.
Menurut laporan Astro Awani, pemberian tambang percuma itu bersempena dengan pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 1.
Kita faham kesusahan rakyat terutama peningkatan harga barang yang membebankan dan kos sara hidup meningkat.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan untuk mencuba perkhidmatan pengangkutan awam dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride.
Sempena pembukaan rasmi MRT laluan Putrajaya fasa 1, saya sukacita mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL, MRT, LRT, BRT dan monorel serta bas Rapid KL selama sebulan. pic.twitter.com/4gW7imnOfp
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) June 16, 2022
Bagaimanapun, rata-rata orang ramai seperti tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu kerana menganggap ianya tidak menyelesaikan masalah penyelenggaraan yang berlaku.
Too bad for the one yang baru renew monthly pass semalam – netizen.
“Harap rapid kl setelkan masalah maintenance dekat stesen-stesen yang berkenaan lah. Free kalau susah untuk access pun tak guna jugak,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.