Memetik mStar, pelakon Intan Najuwa dilaporkan sudah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman dengan sekali lafaz pada pukul 6.45 petang pada Jumaat.
Intan,26, dan suaminya disatukan di sebuah hotel mewah iaitu di One and Only Desaru Coast di Desaru, Johor di mana majlis tersebut dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Diwalikan bapa Intan, pasangan berkenaan dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuas Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Nooh Gadut.
Ahmad Azraf,39, telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 dan wang hantaran pula bernilai RM222,000.
Difahamkan, angka 2 dipilih sebagai tanda dan simbolik sempena dua tahun perkenalan mereka.
Intan tampil cantik berbusana pengantin berwarna putih hasil rekaan Fiziwoo dan solekan pula daripada MUA terkenal, Datuk Alha Alfa.
Ditemui media, Intan berkata dia berasa syukur apabila majlis yang dirancang sejak sekian lama itu berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari rumah tangga.
Dalam pada itu, Intan juga memaklumkan bahawa dia tetap akan menyambung kerjayanya sebagai seorang pelakon selain meneruskan pengajian dan bisnes yang diusahakannya pada ketika ini.
Tahniah diucapkan buat kedua mempelai!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.