(TERKINI) Inkues Zara Qairina: Pakar Sahkan Kematian Paling Konsisten Dengan Tamatkan Riwayat Sendiri

Berita

(TERKINI) Inkues Zara Qairina: Pakar Sahkan Kematian Paling Konsisten Dengan Tamatkan Riwayat Sendiri

Seorang pakar perunding psikiatri forensik memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa hasil autopsi psikologi terhadap kematian Zara Qairina Mahathir adalah paling konsisten dengan tindakan mengakhiri nyawa sendiri.

Pakar berkenaan, Dr Chua Sze Hung, berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan dapatan bahawa mangsa mempunyai lebih banyak faktor risiko berbanding faktor pelindung ketika kejadian.

Advertisement

zara qairina

“Ketidakseimbangan ini meningkatkan kerentanan terhadap tingkah laku bunuh diri. Gabungan faktor predisposisi dan pencetus menunjukkan bahawa tindakan akhir tersebut berkemungkinan merupakan usaha untuk menamatkan penderitaan, berlaku dalam keadaan tekanan akut yang melampau, penilaian terganggu dan pengurangan akses kepada mekanisme perlindungan normal, bukannya perbuatan yang dirancang dengan teliti untuk menamatkan hayat.”

“Oleh itu, autopsi psikologi ini menyimpulkan bahawa cara kematian adalah paling konsisten dengan bunuh diri,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.

Menurut beliau, tiada bukti kukuh menunjukkan mangsa ditolak secara fizikal, selain maklumat yang ada tidak mencukupi untuk membuat diagnosis gangguan personaliti secara retrospektif.

“Saya tidak percaya si mati telah ditolak secara fizikal, kerana tiada bukti yang boleh dipercayai… Walaupun terdapat maklumat yang menunjukkan simptom kemurungan, saya tidak percaya bahawa si mati mengalami penyakit mental yang teruk yang boleh didiagnosis sebelum kejadian,” katanya.

Dr Chua turut menjelaskan bahawa bunuh diri merupakan fenomena kompleks yang tidak semestinya berkait dengan penyakit mental yang boleh didiagnosis.

Dalam kes ini, beliau mengenal pasti beberapa faktor risiko termasuk tekanan hidup, persepsi diri negatif, konflik keluarga, pencapaian akademik, tingkah laku mencederakan diri serta keinginan untuk mati, selain faktor pencetus seperti peristiwa tekanan dan rasa terasing.

Laporan psikiatri setebal 84 muka surat itu disediakan berdasarkan analisis daripada 40 saksi serta dokumen berkaitan, selepas permintaan penilaian dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pasukan penilai turut melibatkan pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja serta pakar psikologi klinikal, dengan pendekatan autopsi psikologi dipilih sebagai kaedah paling sesuai untuk membantu mahkamah dalam menentukan punca kematian. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pemandu mabuk
2026-04-01 11:44:31

Pemandu Mabuk Disabit Seksyen 302, Isteri Mangsa Luah Rasa Syukur - "Saya Mahu Nyawa Dibalas Nyawa"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...