Pasti anda semua, terutamanya rakyat Malaysia berasa “panas” apabila dokumentari yang diterbitkan oleh Al-Jazeera beberapa minggu yang lalu yang menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sadis apabila melayan warga asing pada tempoh PKP yang lalu.
Tambahan lagi, seorang individu yang bernama Rayhan Kabir, telah membuat ulasan yang berbau negatif, seterusnya memaparkan Malaysia sebagai negara yang tidak berperikemanusiaan, atau zalim. Namun begitu, lelaki warganegara Bangladesh yang telah berjaya menyembunyikan diri selama hampir lebih dari seminggu, kini berjaya ditahan oleh Jabatan Imigiresen pada 24 Julai.
Kenyataan yang pastinya berbaur fitnah dalam siri “Lock Up in Malaysia’s Lockdown” oleh Rayhan telah disifatkan sebagai fitnah dan oleh kerana itu, beliau diburu bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu bagi membantu siasatan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown oleh Al Jazeera ditahan pada Jumaat. pic.twitter.com/8TTriCBySq
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) July 24, 2020
Sumber – Bernama