(TERKINI) Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah Abaikan Anak

Berita

(TERKINI) Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah Abaikan Anak

Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal di Apartment Idaman, Damansara Damai, pada 5 Disember lalu.

Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari masing-masing berusia 29 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Shahliza Warnoh, pada Khamis.

Advertisement

Hari ini perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dibanjiri pengamal media bagi mengikuti dan mendapatkan liputan mengenai kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Turut kelihatan ahli keluarga kanak-kanak malang berusia 6 tahun itu yang hadir memberikan sokongan terhadap ibu bapa serta datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan.

Permohonan reman bagi pasangan itu difahamkan berakhir pada hari ini, dan bagi datuk dan nenek sebelah bapa mangsa pula, mereka berdua akan dibebaskan atas jaminan polis setelah ditahan bagi membantu siasatan petang semalam.

Terdahulu, pada Rabu, Pegawai Penyiasat Polis dipercayai membawa ibu kepada Zayn ke kompleks Mahkamah untuk merakamkan pengakuan salah di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Walau bagaimanapun, wanita terbabit tidak membuat sebarang pengakuan dan satu bantahan telah dibuat peguam mewakili ibu Zayn bagi menafikan permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan salah daripada si ibu.

Pada petang hari yang sama, datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan polis di Subang Bestari jam 2.30 petang.

Berita lanjut menyusul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Datuk dan nenek Zayn Rayyan
6 months ago

(TERKINI) Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan Ditahan Polis, Bakal Direman Esok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...