(TERKINI) Ibu Bapa Dibenarkan Pulang Ke Kampung Mengambil Anak Dan Bermalam Hanya Jika Perlu

COVID-19

(TERKINI) Ibu Bapa Dibenarkan Pulang Ke Kampung Mengambil Anak Dan Bermalam Hanya Jika Perlu

Menerusi sidang media yang diadakan pada hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kebenaran perjalanan rentas negeri akan bermula esok. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berada di kampung dibenarkan pulang untuk mengambil mereka.

Untuk perjalanan rentas negeri ini, ibu bapa dibenarkan bermalam satu hari atau dua jika negeri yang dikunjungi jauh. Tetapi ini semua hanya dengan tujuan untuk membawa pulang semula anak-anak yang ditinggalkan di kampung.

Advertisement

Semua pergerakan yang dilakukan ini perlu dilaporkan menerusi Gerak Malaysia.

sekatan jalan

Perjalanan rentas negeri akan bermula esok 7 Mei sehingga 10 Mei ini sahaja. Turut dimaklumkan adalah tarikh dan perjalanan yang dibenarkan mengikut negeri-negeri tertentu. Sementara esok dikhususkan untuk mereka yang terkandas di Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah di negeri-negeri lain.

7 Mei: Perjalanan pulang dari Kuala Lumpur (termasuk perjalanan mengambil anak yang ditinggalkan di kampung)

*perlu membuat permohonan di Gerak Malaysia

8 Mei: Pergerakan pulang dari Perak, Johor dan Kelantan.

9 Mei: Pergerakan pulang dari Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan Pahang.

10 Mei: Pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Melalui arahan yang dikeluarkan ini, orang ramai yang terkandas sebelum ini boleh kembali ke kediaman masing-masing dengan membuat perjalanan rentas negeri bermula esok. Pengguna digalakkan membuat pergerakan waktu malam pada tarikh yang ditetapkan berkenaan, khususnya selepas waktu berbuka puasa.

Artikel berkaitan: Polis Terima 300,000 Permohonan Perjalanan Merentasi Negeri Di Aplikasi Gerak Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...