[TERKINI] Sektor Ekonomi Dan Aktiviti Perniagaan Akan Beroperasi Semula Dalam PKP Bersyarat Mulai 4 Mei Ini

COVID-19

[TERKINI] Sektor Ekonomi Dan Aktiviti Perniagaan Akan Beroperasi Semula Dalam PKP Bersyarat Mulai 4 Mei Ini

Hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan untuk mula beroperasi, tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP), mulai 4 Mei ini.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja 2020, hari ini.

Advertisement

sumber : The Star

Perdana Menteri menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan mengadakan perbincangan teliti bersama Majlis Tindakan Ekonomi, Majlis Keselamatan Negara dan Mesyuarat Kabinet.

Senarai lengkap perniagaan dan aktiviti yang yang dibenarkan dan tidak dibenarkan boleh didapati di laman web Majlis Keselamatan Negara.

Muhyiddin berkata, melalui dua pendekatan utama, iaitu resolusi untuk memerangi COVID-19 dan juga pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan, kerajaan kini bersedia untuk terus merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara, secara sistematik.

“Kami akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana kebanyakan aktiviti untuk ekonomi dan sosial dibenarkan. Namun, aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan yang boleh mendedahkan orang ramai kepada risiko dijangkiti COVID-19 tetap tidak akan dibenarkan sama sekali.”

Perdana Menteri sedar bahawa setelah dua bulan menjalani PKP, ramai  yang ingin kembali bekerja dan kerisauan para peniaga untuk memulakan perniagaan mereka semula akibat mata pencarian yang terjejas.

Namun pada masa yang sama, ramai juga yang bimbang kemungkinan wabak ini akan menular semula jika ramai yang kembali bekerja.

Muhyiddin turut menambah, sekiranya Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) terpaksa diteruskan seperti sekarang bagi tempoh sebulan lagi, negara bakal menanggung kerugian RM98 bilion secara keseluruhan.

“Saya hendak sebutkan di sini bahawa negara kita rugi sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Jumlah kerugian setakat ini dianggarkan sekitar RM63 bilion.”

Kerajaan komited untuk mencari jalan bagi mengimbangi keperluan pemulihan ekonomi dan kepentingan bagi menghapuskan COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...