Pelakon, Hafidz Roshdi akhirnya melafazkan cerai terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Hafidz atau nama sebenarnya, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi berkata dia bersyukur hubungan mereka berakhir dengan baik.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 29 tahun itu menghormati keputusan hakim dan berpuas hati dengan keputusan prosiding hari ini.
Alhamdulillah, saya lega perkara ini dapat diselesaikan cara baik, bercerai talak satu dan tiada pergaduhan.
Sementara itu, Shuhada meluahkan rasa lega kerana urusan perceraian mereka dipermudahkan dan memilih untuk fokus pada diri sendiri dan anak-anak.
Sata rasa macam Allah dah angkat satu beban, saya kena kuat semangat sebab kini tak bergantung pada orang lain.
Difahamkan, Hafidz dan Shuhada ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Rendah Shah Alam bagi menghadiri prosiding penceraian mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.