Melalui laporan sebuah portal, pelakon Hafidz Roshdi dikhabarkan bakal menamatkan zaman dudanya bersama wanita yang sebelum ini dikatakan punca dia bercerai, Athira Yuhada.
Difahamkan, tarikh mereka bernikah bakal berlangsung pada 16 Disember ini.
Berdasarkan jemputan pelakon terbabit, Hafidz bakal melangsungkan perkahwinannya bersama kekasih di sebuah dewan yang terletak di Selangor.
Bahkan, dapat dilihatan dalam undangan tersebut jelas tertera nama aktor itu, Athira, tarikh serta lokasi perkahwinan pasangan terbabit.
Dalam pada itu, info lain, pernikahan pasangan itu bakal berlangsung pada sebelah malam.