[TERKINI] Empat Orang Dari Rumah Yang Sama Dibenarkan Dalam Satu Kenderaan Bermula Esok

COVID-19

[TERKINI] Empat Orang Dari Rumah Yang Sama Dibenarkan Dalam Satu Kenderaan Bermula Esok

Kenderaan persendirian dibenarkan untuk membawa empat penumpang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang bermula esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara ini di sidang medianya di Putrajaya hari ini.

Advertisement

sumber : Sinar Harian

“Kita tahu tiada penjarakan sosial berlaku di rumah. Setiap keluarga makan dan tidur bersama. Oleh itu kerajaan membenarkan kenderaan persendirian dinaiki maksimum empat orang dan mestilah dari keluarga yang tinggal di rumah yang sama.”

-Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Bagaimanapun Ismail Sabri menyatakan, kerajaan percaya akan ada pihak yang tetap ingkar pada peraturan ini dan membawa orang lain selain dari yang telah ditetapkan. Mereka yang melanggar arahan ini akan dikenakan tindakan.

Sementara itu beliau turut mengingatkan kakitangan awam dan swasta yang akan mula bekerja esok supaya mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri.

sumber : FreeMalaysiaToday

Semua perkhidmatan kenderaan awam akan turut kembali beroperasi seperti sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi memudahkan perjalanan orang ramai.

Hanya separuh penumpang daripada kapasiti sebenar dalam pengangkutan awam dibenarkan sepanjang PKPB bagi memastikan penjarakan sosial ini dipatuhi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mengumumkan hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan untuk mula beroperasi mulai 4 Mei, dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja 2020.

4 years ago

[TERKINI] Sektor Ekonomi Dan Aktiviti Perniagaan Akan Beroperasi Semula Dalam PKP Bersyarat Mulai 4 Mei Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...