Terkini, melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dr Maszlee Malik, beliau telah mungumumkan penarikan diri beliau dari parti Pejuang.
Menurut Dr Maszlee lagi, beliau membuat keputusan menarik diri setelah meniliti segala aspek dan bercadang untuk meluangkan lebih masa membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19 terutamanya mereka yang berada di Simpang Renggam.
Parti Pejuang adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir pada bulan Ogos 2020. Dengan kemelut politik yang sedang berlaku, diharapkan segalanya akan stabil dalam masa yang terdekat ini.
Sumber : FB Maszlee Malik