[TERKINI] Dipanggil ke Bukit Aman, “Asri Janggut” Menghina PDRM dan ATM?

Trending

[TERKINI] Dipanggil ke Bukit Aman, “Asri Janggut” Menghina PDRM dan ATM?

Minggu lepas, tular sebuah video di laman sosial yang dimuatnaik oleh sebuah jenama burger tempatan, Hot Burger Malaysia yang bertujuan untuk membongkarkan ketidaktelusan pihak berkuasa dalam membanteras sindiket perjudian di kawasan sekitar Sungai Buloh.

Advertisement

Kini, masih belum lagi reda isu kes berkenaan, pengasas Hot Burger Malaysia yang lebih dikenali sebagai Asri Janggut, telah dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan akibat video terbaru yang dimuatnaik yang berbau penghinaan kepada anggota polis dan juga pihak ATM yang tidak menjaga solat.

Rata-rata netizen yang menonton video yang telah dipadam itu menyatakan bahawa kenyataan sebegitu tidak wajar terutamanya tanpa sebarang kaji selidik.

Sejurus selepas menerima kecaman netizen dan beberapa pihak yang lain, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut telah memuat naik permohonan maaf di laman sosial.

Namun demikian, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid menerusi Bernama telah menyatakan bahawa Mohd Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam minggu ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ.

Siasatan telah dijalankan setelah dua laporan polis telah dibuat di di Balai Polis Travers dan Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini, hari ini.

Sumber : Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...