[TERKINI] Datuk Seri Anwar Ibrahim Membuat “Pengumuman Mengejut”

Trending

[TERKINI] Datuk Seri Anwar Ibrahim Membuat “Pengumuman Mengejut”

Menrusi sidang media yang diadakan sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Ini secara tidak langsung bermaksud bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin menjadi Perdana Menteri jika dipersembahkan kepada YDP Agong. 

Anwar juga memberitahu para media yang hadir bahawa beliau juga telah mendapat sokongan Barisan Nasional dan majoriti dari ahli parlimen yang menyokong beliau berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Advertisement

Sebelum ini terdapat beberapa spekulasi bahawa beliau akan membuat satu “pengumuman penting” yang membolehkan Pakatan Harapan mengambil alih semula Putrajaya di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.

Pada bulan Febuari 2020, kerajaan Pakatan Harapan telah tumbang apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengambil alih jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga hari ini.

Sumber : Anwar Ibrahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...