Dalam siaran langsung pengumuman khas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan penghargaan sempena Hari Malaysia pada September akan datang.
Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa 15 September 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan
bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.
Ujar beliau, hari kelepasan itu diberikan kepada rakyat Malaysia bagi menghargai perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.
Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa
bercuti di dalam negara.