Caj kuarantin wajib di Institut Latihan Awam (ILA) kini telah dikurangkan kepada RM 100 sahaja yang mana sebelum ini adalah sebanyak RM 150.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Sri Ismail Sabri ketika sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Walau bagaimanapun, menurut Ismail Sabri caj kuarantin hotel masih kekal seperti sebelum ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.