(TERKINI) 23 Sukarelawan Malaysia Telah Dibebaskan, Terbang Ke Istanbul – Anwar Ibrahim

Hiburan

(TERKINI) 23 Sukarelawan Malaysia Telah Dibebaskan, Terbang Ke Istanbul – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan kesemua 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia yang ditahan rejim Israel telah dibebaskan dan kini dalam perjalanan pulang.

Menurut Anwar, kumpulan berkenaan sedang dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ramon di Selatan Israel sebelum menaiki pesawat ke Istanbul, Turkiye.

Advertisement

Gelar Aktivis GSF Pengganas Adalah Kenyataan Biadab! – Anwar Ibrahim

Rundingan saya dengan Ketua Perisikan Malaysia di Ankara untuk menyelaras bersama Duta Besar dan Kedutaan Besar di Ankara, lebih baik mereka menginap satu ke satu setengah hari di Istanbul untuk pemeriksaan kesihatan akibat trauma, tekanan rejim zalim yang bertindak agak keras terhadap mereka.

Saya setuju mereka akan berlepas pulang mungkin esok malam (Ahad) atau lusa (Isnin). Itu kita sedang aturkan.

Untuk sekarang dapat berita yang menyenangkan dan tentunya kita juga dengan rundingan ini saya tidak hanya membatasi keselamatan rakyat Malaysia dan Turkiye tetapi turut membicarakan semua termasuk Eropah dan rakan-rakan Indonesia serta negara-negara lain yang bersama dalam rombongan Global Sumud Flotilla,  katanya menerusi Taklimat Khas berkaitan usaha pembebasan aktivis dan sukarelawan Malaysia serta Pelan Damai Gaza.

Perkembangan ini sekali gus melegakan keluarga dan rakyat Malaysia selepas hampir dua hari menunggu kepastian mengenai status keselamatan kesemua sukarelawan yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza. – SINAR HARIAN

Perkembangan menyusul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ameera khan rizalman gerakan boikot
2025-10-04 14:33:44

"Contoh Pempengaruh 'Tone Deaf', Pentingkan Wang" - Ada Gerakan Boikot Ameera Khan, Rizalman?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...