Mahkamah Tinggi Tawau mendapati 13 pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun bersalah membunuh pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.
Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol dan hari ini berkata kesemua tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 dibaca bersama seksyen 304 Kanun Keseksaan.
Mereka dituduh bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di bilik asrama kolej berkenaan pada jam 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac 2024.
Menurut Harian Metro, hukuman dikenakan terhadap 13 pelajar itu akan ditetapkan 28 Ogos ini.
Terdahulu, pasukan pembelaan menutup kes pada 15 April lalu selepas memanggil 18 saksi pada perbicaraan peringkat bela diri dengan kesemua 13 remaja terbabit memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.