Terkilan Kena ‘Umpan’ Keluarga Positif COVID19, Uncle Kentang Masih Ambil Risiko Bawa Nenek Ke Hospital

Trending

Terkilan Kena ‘Umpan’ Keluarga Positif COVID19, Uncle Kentang Masih Ambil Risiko Bawa Nenek Ke Hospital

Seringkali kita dengar kisah sedih para frontliners yang meluahkan rasa kecewa terhadap sikap sesetengah masyarakat yang mementingkan diri sendiri dengan cuba menyembunyikan status kesihatan diri.

Keadaan seperti ini akan menyusahkan orang lain terutamanya petugas barisan hadapan lebih-lebih lagi ketika negara dilanda wabak Covid-19 yang masih belum reda.

Advertisement

Terbaru, tular di sosial media Facebook tentang seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang yang berkongsi kisah yang hampir sama namun ia melibatkan petugas sukarela pasukannya.

“Jangan menipu kami. Kami amat tertekan semalam. Keluarga mohon kami bantu hantar nenek yang sakit ke hospital. Bila kami tiba di depan rumah, kami tidak dimaklumkan bahawa ahli keluarga lain semua dah kena Covid-19”.

“Kami nak tinggalkan begitu sahaja tetapi tak sampai hati. Kami bukan ambulans Covid-19. Kita tidak mempunyai kemudahan sanitasi yang lengkap dan baik”.

Tambahnya, perkara yang amat dirisaukan pasukannya akhirnya menjadi kenyataan apabila pesakit itu kemudian disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan.

Perkongsian Uncle Kentang di Facebook

“Walaupun staf kami telah divaksinasikan dan seluruh ambulan telah disanitasi, kami merasa sedih kerana ‘diumpan’ untuk ke rumah tersebut dan pemanggil telefon tidak maklumkan bahawa seluruh rumah telah kena Covid-19”.

Umum tahu Uncle Kentang merupakan individu yang sering membantu dalam urusan penghantaran jenazah dan juga menyediakan perkhidmatan ambulans secara percuma.

Pasukannya akan menghentikan perkhidmatan ambulans buat sementara waktu sehingga kes Covid-19 reda. Beliau juga merayu kepada orang ramai agar kekal di rumah bagi mengelakkan penularan memandangkan kes makin meningkat.

Sehingga kini perkongsiannya meraih 339 shares di laman Facebook.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...