Terkilan Diejek Gara-Gara Gelar Beg ‘Charles & Keith’ Sebagai Jenama Mewah, Gadis Dijemput ‘Founder’

Kehidupan

Terkilan Diejek Gara-Gara Gelar Beg ‘Charles & Keith’ Sebagai Jenama Mewah, Gadis Dijemput ‘Founder’

Sebelum ini, seorang gadis berusia 17 tahun menjadi perhatian orang ramai selepas memuat naik video di laman TikTok berkongsi rasa teruja apabila bapanya menghadiahkan beg jenama Charles & Keith (C&K) .

Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Zoe itu telah menggelar jenama tersebut sebagai jenama ‘mewah’ memandangkan harga beg tersebut bernilai SGD79.90 iaitu bersamaan RM299.90.

Advertisement

Bagaimanapun, gadis dari Singapura itu telah dikritik dan diejek gara-gara ramai yang beranggapan jenama tersebut bukanlah jenama ‘mewah’ seperti yang diperkatakannya, sebaliknya jenama ‘mewah’ adalah seperti Dior, Gucci, Louis Vuitton, Chanel, dan sebagainya.

Tampil memberi penjelasan, Zoe mengatakan dia bukanlah datang daripada keluarga yang ‘senang’ dan berkongsi kesulitan kewangan yang dihadapi oleh keluarganya.

Malah, dia bersyukur menerima hadiah itu kerana mengetahui ianya datang dari hasil kerja keras bapanya.

Menurut jurucakap Charles & Keith, syarikat tersebut telah menjemput Zoe dan bapanya untuk bertemu pengasas syarikat dan makan tengah hari bersama serta mengadakan lawatan ke ibu pejabat (HQ) syarikat tersebut.

Kami benar-benar tersentuh selepas melihat video itu dan bagaimana cara Zoe menangani situasi tersebut.

Menurut Zoe, dia turut tidak menyangka video itu menjadi tular sehingga mendapat perhatian syarikat berkenaan.

Sekarang, saya rasa sangat bertuah kerana apa yang jadi banyak memberi saya pengajaran yang berguna.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Tular Individu Jual Rakaman Video CCTV Dalam 'Fitting Room', Mangsa Dedah Lokasi Kejadian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...