Kisah cinta antara penyanyi Sufian Suhaimi dan Elfira Loy sudah lama berakhir, malah kedua-dua sudah pun meneruskan kehidupan masing-masing. Tidak dinafikan, Sufian mengakui dirinya agak terkesan dengan segelintir pihak yang masih lagi mahu mengaitkan dirinya dengan cinta lalu.
Mahu ‘keluar’ daripada isu tersebut yang masih diperkatakan, Sufian mahu meninggalkan Malaysia dan merasai suasana yang berbeza di negara jiran Indonesia. Eh, bawa diri ke?
Saya rasa perlu keluar dari Malaysia buat sementara waktu ini. Bukan larikan diri tapi nak rasai suasana yang berbeza. Sebab akhir-akhir ini, saya agak terkesan apabila orang masih mengaitkan saya dengan orang yang pernah ada kaitan tapi benda itu dah berlalu.
Berita putus tunang Sufian dan Elfira sebelum ini mendapat perhatian ramai kerana dihimpit pelbagai spekulasi dan kontroversi. Nama penyanyi itu sekali lagi dikaitkan apabila baru-baru ini Elfira mengumumkan beliau sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka yang dikenali sebagai Faris K Anuar pada 2 September lalu.