Terkesan Penutupan 5 Cawangan HiperMarket Terkenal, Wanita Ini Kongsi ‘Kisah Sebenar’.

Trending

Terkesan Penutupan 5 Cawangan HiperMarket Terkenal, Wanita Ini Kongsi ‘Kisah Sebenar’.

Rentetan peristiwa penutupan lima cawangan hipermarket terkenal di Malaysia yang tersiar di media massa dan laman sosial memang menarik perhatian ramai. Tidak terkecuali usahawan wanita yang tidak asing lagi Puan Mona Din, pemilik butik Hajaba.

Advertisement

SEBUT sahaja Butik Hajaba, ramai terbayangkan fesyen Muslimah yang bukan sahaja membariskan variasi rekaan jubah moden, malah terdapat banyak pilihan smart kasual untuk wanita berhijab.

Istimewanya, butik ini mempertaruhkan koleksi rekaan yang bercita rasa antarabangsa. Setiap rekaan di Butik Hajaba dicetuskan oleh pemiliknya, Mona Din menerusi kajian terperinci mengenai selera wanita di seluruh dunia.

Butik Hajaba adalah antara perintis jenama fesyen Muslimah di negara ini. Malah jenama ini cukup popular kalangan wanita Malaysia sekitar tujuh tahun lalu.

Hajaba juga mempunyai banyak cawangan termasuk di pusat membeli belah terkemuka dan juga mewah seperti Suria KLCC, Pavillion, Bangsar Village, Alamanda dan sebagainya.

Terkesan dengan peristiwa penutupan hipermarket tersebut, beliau terpanggil membuat perkongsian dan mendedahkan mengapa beliau menutup satu persatu butik Hajaba sejak dua tahun lalu hingga menyebabkan ramai yang tertanya-tanya.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:

Pagi ini, terkesan baca berita ni (penutupan lima cawangan hipermarket Giant), sesak dada bila fikir tentang ekonomi kita yg makin tenat.

Secara peribadi, saya merasakan perkara ini berlaku apabila bermulanya perlaksanaan sistem GST.

Sebaik ada GST, saya antara industri player yg pertama dapat meramal perkara ini akan berlaku & mngambil tindakan segera untuk mngelak kerugian.

Masa itu saya ada beberapa butik Hajaba di pelbagai shopping mall terkenal, Suria KLCC, Pavillion, Bangsar village, Alamanda, Shah Alam Mall, SACC, dan banyak lagi.

Bila mula kena bayar GST, tang part sewa bulanan, pertambahan kos itu saja dah boleh buat kita hampir nak pitam.

Bayangkan kalau GST satu branch saja sudah hampir RM4k, dah boleh sewa satu lagi shop lot biasa di luar mall kan? Kalau dah 10 cawangan kena GST?

Dan masa itu pula, fesyen muslimah sudah lebih bersepah dari cendawan tumbuh. Anak-anak muda kita nak buat biz jual online, Malaysia sedang kebanjiran tauke-tauke, penjahit-penjahit, penjual-penjual asing dari India, Pakistan & Bangladesh.

Habis satu Masjid India & promo booths di semua hyper markets ‘diconquer’ mereka, menjadikan persaingan tersangat sengit, dan harga turun merudum !

Mereka yang berniaga di shopping mall besar kena bayar GST untuk semua termasuk sewa, dan macam-macam benda lagi. Tapi kami tak boleh masukkan GST ketika jual baju.

Pelanggan tak mahu bayar kerana semua kedai lain pun tak kenakan GST memandangkan ia diserap sendiri!

Dan bila dah diserap, sepatutnya kena jual barang dengan harga lebih tinggi sikit dari sebelumnya, baru ok. Tapi mana boleh!

Sebab harga busana muslimah & tudung mencanak turun, semakin murah, sebab dilelong oleh peniaga-peniaga asing yang angkat geng senegara datang beramai menjahit sendiri lalu menjual dengan harga rendah, di tanah darahku Malaysia.

Dan baju-baju moden blaus-blaus segala yang sedang trending, harganya sangat murah, macam main masak-masak pulak. Semuanya ‘disupply’ borong dari Jakarta & Bangkok, 2 pusat paling utama yg mengeluarkn secara pukal.

Kita yg menjahit sendiri di kilang-kilang di Malaysia, langsung tak boleh lawan harga, ditambah GST pulak.

Akhirnya, setelah mencongak-congak keadaan semasa & meneropong future, saya tahu ekonomi retail Malaysia terutama fashion muslimah akan menjadi sangat tenat, just a matter of time.

So saya & suami ambil keputusan drastik, we want to exit out soonest, sebelum my empire will eat out our cash & savings!

And it took us 2 years to close down all our fashion branches completely. Sebabnya, we have to wait for the contract wt shopping malls to expire.

Dan yg masih lama lagi nak habis tempoh, we have to write to them, to pledge to exit, and after many meetings & meeyings, we are allowed to vacant the lot, tapi kena byr denda sikit..tak apa lah, janji dpt tutup, tak pyh pening kepala.

And finally, Alhamdulillah, last year in Oct, we managed to exit from all malls, relief from the burdens of GST, dropping of nilai RM, decreasing of sales month to month, kesengsaraan melihat every mall semakin sepi bkurang pengunjung.

Dan paling saya syukuri, walau terpaksa tutup jenama Hajaba, saya melangkah keluar dari industri dgn penuh kelegaan, tanpa meninggalkan sebarang hutang, tanpa lari tutup kedai sebelah malam, tanpa tidak membayar gaji pekerja mahupun suppliers.

Saya tutup hajaba dgn penuh berhemah, Alhamdulillah. Dan kini, saya rasa selesa menikmati hari-hari di umur yg sudah layak bersara, tanpa lagi penat memikir & mengejar kemewahan dunia.

Saya just go with the flow, redha dan happy je dgn apa saja rezeki yg saya ada. Dan saya terus memerhati dari hari ke hari betapa keadaan mjadi semakin sukar kpd ramai peniaga.

Saya hanya mampu mendengar rintihan mereka, kawan-kawan baik saya, yg masih dlm industri, dgn penuh rasa mengerti, dan sangat bersimpati.

Ramai dari mereka yg setiap bulan mengalami kerugian, jumlah kutipan sales tidakpun cukup nak bayar sewa & gaji pekerja, sedang stok baru tetap perlu ada.

Kalau tidak langsung customers takkan menjenguk ke butik. Semua itu perlu menelan belanja, duit dari savings sendiri, sedihnya…

Dan saya sendiri, walau ada beberapa jenama yg masih berhutang dgn saya atas beberapa urusan semasa bisnes fesyen, yg dah pun hampir memasuki dua tahun tertunggak, saya masih tidak sampai hati untuk mengejar bayaran sepenuhnya.

Kata saya pada mereka, bayarlah sikit-sikit bila ada untung, insyaAllah kalau ada rezeki saya, takkan ke mana…

Untuk rakan-rakan saya yg masih berbisnes di luar sana, esp di mall, berjuanglah, berjuanglah, berjuanglah, andai itu saja pilihan yg anda ada.

Semoga Allah permudahkan semua perkara untuk kita semua…Aminnn

Semoga para usahawan di luar sana kekal bersemangat dan berusaha gigih untuk mempertahankan legasi bisnes masing-masing.Setiap dugaan yang datang ada hikmahnya.Hadapi setiap ujian mendatang dengan persiapan yang rapi.

Selamat maju jaya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...