Terkesan Dengan PKP, Bapa Sanggup Jual Pakaian Anak Beranak Demi Kelangsungan Hidup

Kehidupan

Terkesan Dengan PKP, Bapa Sanggup Jual Pakaian Anak Beranak Demi Kelangsungan Hidup

Seorang lelaki yang sudah bekeluarga dan bakal menyambut kelahiran anak keduanya terpaksa menjual barangan peribadi keluarganya atas desakan hidup kerana terkesan dengan situasi semasa yang melanda negara.

Perkongsian itu dibuat di laman Twitter di mana dia mengambil keputusan untuk menjual pakaian anak beranak kerana perniagaannya sudah tutup.

Advertisement

“Assalamualaikum. Atas sebab terdesak, kami suami isteri decide untuk jual pakaian kami anak beranak. Perniagaan kami dah mati. Amat perlukan duit untuk standby kelahiran anak kedua tak lama lagi. Baju lelaki saiz S dan M, perempuan S, baby girl 6-12 bulan. Minta bantuan semua untuk RT”.

Lelaki yang dikenali sebagai Karim berusia 29 tahun itu memulakan perniagaan gerai makan sebelum dikembangkan kepada tiga kedai makan tiga tahun kemudian, namun ianya terpaksa ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, dia sangat terdesak untuk mencari wang ketika PKP 3.0 berikutan isterinya yang sedang hamil anak kedua dengan usia kandungan memasuki enam bulan.

“Pada asalnya saya nak jual sofa dan meja makan di rumah. Tapi melihatkan isteri yang sedang hamil dan perlukan keselesaan berada di rumah, saya tak sampai hati”.

“Jadi saya ambil keputusan untuk menjual baju-baju terpakai kami anak beranak… baju saya, isteri dan seorang anak perempuan yang berusia setahun enam bulan”.

Pada awalnya, Karim yang juga berasal dari Johor terpaksa meletakkan harga yang tinggi kerana terdesak untuk mencari wang tetapi harga tersebut diturunkan sedikit setelah kira-kira 10 helai baju terjual pada hari pertama.

Tambah Karim, dia tidak menyangka perkongsian itu menjadi tular sehingga ada yang mahu membantu namun terpaksa ditolak.

Antara pakaian yang dijual di laman Twitter.

“Sebagai ketua keluarga, saya mahu buktikan diri juga mampu cari duit sendiri dalam apa jua usaha yang dilakukan, termasuklah menjual baju kami anak beranak”.

Dia yang pernah terfikir untuk menghubungi talian hotline untuk meluahkan perasaan namun bersyukur dan lebih bersemangat apabila ada pihak yang sudi membeli pakaiannya.

Dia turut merancang untuk menjadi reseller produk makanan secara online dan berharap ada pihak yang sudi menawarkan peluang kepadanya untuk berniaga.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...