Gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disambung sehingga pertengahan bulan Februari ini, semakin ramai yang terjejas tidak kiralah siapa termasuk juga mereka yang bergelar penghibur dan artis.
Ini termasuklah pelakon dan juga penyanyi, Adibah Noor yang baru-baru ini ada memuat naik ciapan berbaur kerisauan di laman Twitter miliknya.
Kata Adibah, dia tidak pasti adakah dirinya akan terus kuat dalam menghadapi keadaan tersebut kerana dia juga memerlukan pekerjaan seperti rakyat-rakyat Malaysia yang terkesan dengan PKP.
Allah..
i
dont
know
if
i
can
get
through
this..i
need
work…— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) February 2, 2021
Perkongsian Adibah itu tenyata telah mendapat banyak respon daripada netizen yang bersimpati dengan keadaan dan nasib yang dialami personaliti TV itu.
Malah, ada juga yang memberi cadangan supaya Adibah melancarkan saluran Youtubenya sendiri memandangkan kebolehan pelakon itu mengajar subjek bahasa Inggeris yang mudah difahami.