Terkenang Dosa-Dosa Lampau, Siti Nordiana Akui Mudah Tersentuh Hati Dengar Selawat Dan Zikir

Hiburan

Terkenang Dosa-Dosa Lampau, Siti Nordiana Akui Mudah Tersentuh Hati Dengar Selawat Dan Zikir

Penyanyi dan juga pelakon, Siti Nordiana memberitahu bahawa dia sering mengamalkan zikir-zikir harian seperti Al Mathurat Sughra dalam kehidupan sehariannya.

Siti Nordiana
3 years ago

"Kita Cuba Bantu Mereka.." - Siti Nordiana Menyokong Kempen Bendera Putih

Advertisement

Menjadikan aktiviti keagamaan itu sebagai salah satu amalannya setiap hari, Siti Nordiana yang lebih mesra disapa sebagai Nana itu turut mendedahkan bahawa dia sering menitiskan air mata setiap kali berzikir kerana terkenangkan dosa-dosa silam.

Malah, hatinya turut tersentuh apabila mendengarkan zikir dan selawat dalam bentuk irama serta melodi yang secara tidak langsung ‘kena’ dengan situasi yang dihadapinya.

“Sudah tentu kalau saya berzikir, saya akan menangis. Ada masa-masa yang saya akan menangis mengenangkan dosa-dosa. Kita manusia tidak sempurna, pasti ada dosa dan kesilapan yang kita lakukan..waktu itu saya akan menangis…”

Dalam perkembangan lain, Nana kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Hasbi Rabbi hasil kolaborasi bersama dengan Ustaz Sharizan.

Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa teruja apabila melihatkan ramai anak muda kini mula menyukai lagu-lagu pop dan balada yang mengetengahkan konsep ketuhanan.

Memberi contoh artis seperti Maher Zain dan Opick, lagu-lagu berunsurkan kerohanian dalam irama berbeza seperti rap contohnya dapat membuat anak muda berminat dan lebih dekat dengan agama Islam.

“Seronok bila anak-anak muda turut dengar malah hafal. Ia dapat memberikan manfaat dengan mengamalkan lirik-lirik lagu kerohanian tersebut..” ujar Nana mengakhiri bicara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...