Kita mungkin sudah terbiasa dengan gigitan nyamuk dan ia tidaklah seteruk mana apabila digigit, hanya gatal-gatal seketika sahaja tetapi kalau dah masuk hutan, mesti ada ulat bulu, tungai, atau pun kutu babi.
Tapi, kalau gatal-gatal waktu tengah ‘hiking’ macam mana nak buat, turun ke bawah semula untuk ke dapatkan rawatan?
Tungau
So cara nak halau tungau kat tempat ehem. Tuang dettol atas tisu dan gosok pelan2 kat tempat bengkak tu memang arwah terus tungau tu.
Kutu babi
Dan gigitan Kutu babi dihutan juga punca-punca yang membuatkan kaki jadi berkudis dan gatal. Kutu babi punya gigitan memang mencengkam sangat.
Kalau ditarik pun dia tetap akan tinggalkan taring kat tempat dia gigit. So jalan terbaiknya titiskan cecair detol ke atas dia secara otomatik dia lepaskan gigitan tu dan ade sikitlah rasa pedih.
Sebab antiseptik tu tengah lawan kuman kat kaki korang. Pastu rasa teramat lega sangat..
Awas!
Kutu babi boleh melekat kat badan selama beberapa hari tau sampai dia boleh membesar size ibu jari.
Dan kesan gigitan dia silap-silap boleh jadi sampai kurap sebab bisa dia dari badan babi dibiakkan dalam daging kita. So dettol jugak solution dia.
Ulat bulu
Dan banyak kebaikkan dettol ni
Kalau dulu Petua terkena ulat bulu dan gegata adalah guna garam.
Errr kalau satu badan yang kena mau dekat 3 kilo garam nak pakai kot?.
Hahaha.. sepeket garam aje dah menambahkan beban dalam beg. So di zaman moden ni pastikan anda bawak cecair dettol. Sebab dia mudah ringkas dan cepat.
Hiking with knowledge.
Jom Sebarkan kebaikan
Sumber : Iskandar Rahman Zulkarnain