Terkena Tombol Pintu Ketika Bermain, Bibir & Pipi Rabak. Terima 50 Jahitan

Trending

Terkena Tombol Pintu Ketika Bermain, Bibir & Pipi Rabak. Terima 50 Jahitan

Seorang murid sekolah agama cedera parah di bahagian bibir hingga ke pipi kirinya akibat terkena tombol pintu, Khamis lalu.

Advertisement

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di Kajang, Haziq, menerima lebih dari 50 jahitan di bahagian luar dan dalam.

Menurut ibunya, Ila Zamila, pada pagi hari kejadian dia memang sudah terasa tidak sedap hati mahu menghantar anaknya ke sekolah.

“Dari awal pagi itu, memang tak sedap hati nak suruh dia pergi sekolah. Macam ada perkara yang tidak kena,” katanya sebelum dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai kejadian itu.

“Saya dimaklumkan oleh anak saya bahawa kakinya tersandung ketika bermain lalu terkena pada tombol pintu.

“Namun, ada juga yang memaklumkan kawan anak tolak pintu terlalu kuat sehingga terkena pada anak saya,” katanya.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan, sebelum memaklumkan kejadian itu pada ibu mangsa.

Mangsa menerima 50 jahitan di bahagian luar dan dalam. Dan difahamkan keadaannya kini sudah stabil namun masih trauma.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...