Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terkena Serangan Asma, Ibu Ali Puteh Kini Bergantung Alat Bantuan Pernafasan Dan Ditidurkan

Ibu kepada pelawak Ali Puteh, Sabariah Arshad dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Selayang pada malam Khamis lalu akibat serangan asma.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ali Puteh menerusi akaun Instagramnnya, semalam.

Advertisement

Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan,31, turut memaklumkan bahawa ibunya kini telah ditidurkan dan perlu menggunakan bantuan pernafasan sokongan.

“Salam jumaat penghulu segala hari. Kecemasan ke Hospital Selayang sebab semput. Mak di hospital dan keadaan mak masih ditidurkan dan menggunakan alat pernafasa. Semoga mak kuat dan terus kuat.”

Adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini turut memohon doa orang ramai agar kesihatan ibunya itu kembali pulih seperti sedia kala.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Syaz Eym

    December 19, 2020 at 1:45 pm

    Semoga lekas sembuh buat ibu ALi dan Abam..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top