Terkena Perbuatan Sihir: Emma Akma Derita Penyakit Busung Selama Setahun

Hiburan

Terkena Perbuatan Sihir: Emma Akma Derita Penyakit Busung Selama Setahun

Perbuatan sihir, antara perkara yang menunjukkan betapa buruknya perangai manusia yang tidak pernah berpuas hati akan sesuatu sehingga menggunakan cara halus untuk menganiaya seseorang yang mereka tidak suka. Boleh dikatakan memang ramai orang yang pernah mengalami perkara tersebut dan ia memberikan kesan yang cukup mendalam dan membuatkan individu yang terkena sihir itu menderita.

Advertisement

Pelakon Emma Akma juga tidak terlepas daripada sikap dengki manusia yang menyihir beliau sehingga beliau menderita peyakit busung selama setahun.

Awalnya Emma menyangka beliau mengalami sakit perut disebabkan penyakit Cyst sejenis ketumbuhan yang membesar secara perlahan tanpa merebak ke tempat lain. Ia merupakan kelompong nipis yang mengandungi air.

Walaubagaimanapun jangkaan Emma itu salah dan hanya mengetahui beliau disihir apabila cuba untuk berubat secara tradisional.

Penyakit ini mula serius sejak Oktober tahun lalu dan doktor mengesahkan saya hidap penyakit Cyst dan perlu melakukan pembedahan dengan segera. Memandangkan tak cukup wang, saya tangguh dahulu. Sementara itu, macam-macam cara saya cuba untuk mengubati penyakit ini termasuklah cara tradisional dan moden. Namun tiada perubahan.

Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang pakar dalam ubatan tradisional, penyakit itu dapat disembuhkan dan perut saya kembali normal. Sukar dibayangkan keadaan ketika itu badan menjadi lemah, sehingga sukar untuk bangun.

Meskipun perutnya kembung sehingga menjadi busung akibat perbuatan itu, Emma menjelaskan beliau tidak mahu tahu siapakah yang melakukan sihir kepadanya. Pada masa tersebut, Emma cuba menghadkan aktiviti beliau bersama rakan-rakan.

Emma juga memberi nasihat agar semua orang berhati-hati dan tidak senang tertipu dengan sikap manusia.

Saya ada juga tanya kepada mereka yang mengubat saya. Tetapi mereka cuma berkata ramai yang cuba mengenakan saya. Jadi sejak sihat beberapa bulan lalu, saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan kurangkan pergaulan dengan rakan-rakan. Maklumlah, di dalam industri ini, dalam yang suka, pastinya ada yang membenci.

Apa yang saya dedahkan di sini di harap dapat diambil iktibar oleh orang lain. Sebab kita tidak tahu, orang yang paling dekat dengan kita mungkin orang yang paling benci kita.

Ibarat talam dua muka, memang kita tidak boleh terpedaya dengan sikap manusia. Manusia memang tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka ada dan penuh dengan sikap dendam. Jangan mempercayai orang seratus peratus meskipun rakan karib anda sendiri.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...