Terkejut MK K Clique Pegang Watak ‘Abang Pedas’ Dalam I Love You, Stupid, Ramai Kecam & ‘Demand’ Pelakon Lain!

Branded

Terkejut MK K Clique Pegang Watak ‘Abang Pedas’ Dalam I Love You, Stupid, Ramai Kecam & ‘Demand’ Pelakon Lain!

Setelah menerima sambutan hangat daripada pembaca novel genre romantis, akhirnya novel dengan rating 4.5 (rating daripada Goodreads), I Love You, Stupid kini telah diadaptasi menjadi sebuah drama bersiri.

Namun, selepas beberapa episod ditayangkan di Viu, drama ini telah menerima pelbagai reaksi daripada penonton, khususnya penggemar novel tersebut.

‘Abang Pedas’ Kena Tapau, Ramai Kecam Lakonan & Bandingkan Dengan Watak Novel

Seperti yang anda tahu, drama bersiri I Love You, Stupid ini dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Ezzanie Jasny, MK K Clique, Lisdawati, Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin dan ramai lagi. 

Namun, apa yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen adalah tentang lakonan MK K Clique yang memegang watak Inspektor Ebrahim / Firman dalam novel I Love You, Stupid. 

Dikatakan ramai tidak bersetuju dengan pemilihan watak Inspektor Ebrahim / Firman dan mengecam penyanyi serta rapper tersebut kerana lakonan yang terlalu ‘kayu’ dan penampilan yang kurang sesuai dengan watak dalam novel. 

Viu I Love You, Stupid

Walaupun menerima kecaman hebat daripada netizen, penampilan ‘Abang Pedas’ selepas beberapa episod ditayangkan semakin lama semakin mencairkan hati peminat tau! 

Viu I Love You, Stupid

Mengejutkan, terdapat beberapa babak yang ramai tak jangka MK K Clique mampu bawa serta mengimpikan beliau sebagai pasangan hidup, walaupun pada realitinya MK K Clique telah mendirikan rumah tangga baru-baru ini. 

Dalam siri ini anda boleh tengok Karakter MK sebagai Inspektor Ebrahim / Firman yang tegas dan garang tapi ada juga babak-babak yang menunjukkan MK ni lelaki yang sweet, romantik dan kelakar. Confirm akan tersenyum sorang-sorang! 

Viu I Love You, Stupid

Kalau anda nak tahu, I Love You Stupid ini mengisahkan tentang Iris, seorang wanita yang keras kepala dan hidup dalam aturannya sendiri. 

Godaan Iris terhadap Inspektor Ebrahim gagal dan dia mula menyimpan dendam. Mereka kemudian bertemu kembali dalam satu sesi latihan di mana Inspektor Ebrahim bertugas sebagai pegawai dan Iris membalas dendam dengan menuduh Inspektor Ebrahim memperkosanya. 

Kerana ego, Iris tidak langsung memohon maaf sehingga tamat latihan dan mereka berpisah. 

Untuk membuka muka baru, Iris membuat keputusan untuk berkhidmat dalam misi bantuan bersama teman lelakinya Dr Aidan. 

Firman, diupah oleh ayah Iris untuk menjaga Iris sepanjang Iris di sana. Sikap tegas dan garang Firman membuatkan Iris menyampah dah tidak mahu bekerjasama bersama Firman, tetapi dia tidak ada pilihan lain. 

Bagaimana agaknya hubungan Firman dan Iris selepas ini? Adakah mereka akan semakin baik atau kehadiran Dr Aidan tidak akan membuka ruang untuk Iris dan Firman bersama? 

Kalau anda nak tahu apakah yang akan terjadi, anda wajib tonton di Viu sekarang! 

Strim Lebih Banyak Drama Menarik Di Viu!

Untuk anda yang nak strim drama I Love You, Stupid ni, anda boleh dapatkan episod terbaru di Viu pada setiap hari Rabu hingga Sabtu. 

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu atau ikuti media sosial di Facebook, serta muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play dan Huawei App Gallery sekarang!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...