Perkongsian seorang wanita mengejutkan apabila dia berkongsi tentang kisah individu yang sebilik dengannya di wad bersalin.
Kongsinya, kejadian itu berlaku pada empat tahun lepas ketika dia menyambut kelahiran anaknya di wad bersalin sebuah hospital di Lembah Klang.
Ingatkan anak pertama
Pada awalnya, dia menyangka individu berusia 19 tahun tersebut menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya namun ternyata bayi berkenaan adalah anaknya yang kelima.
Apa yang lebih mengejutkan, anak sulung gadis tersebut kini sudah pun berusia enam tahun bermakna dia mula hamil ketika darjah Enam dan melahirkan anak pertama pada usia 13 tahun.
Anak kedua berusia empat tahun dan anak ketiga dua tahun manakala anam keempat dan kelima yang baru lahir adalah kembar.
Kena marah dengan doktor
Wanita itu juga tidak boleh melupakan perbualan doktor yang menasihati gadis terbabit dan suaminya di wad terbabit agar mereka merancang kehamilan.
Suami dia yang kena marah, doktor cakap. ‘Kenapa tak rancang ye? Isteri awak masih dikira bawah umur ye baru 19 tahun, tapi dah beranak lima. Awak tak kesian ke kat dia’?
Percaya atau tidak, realitinya masih ramai remaja tidak kira lelaki atau perempuan terutamanya yang tinggal di luar bandar yang tidak mempunyai kesedaran dan pengetahuan tentang merancang kehamilan.
Tidak kira tinggal di mana atau setakat mana tahap pelajaran seseorang, zaman sekarang kita mempunyai media sosial yang boleh digunakan sebaiknya seperti untuk menambah ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara.