Rata-rata pengemar durian sanggup menantikan musim durian. Masa inilah semua orang akan berhenti tepi jalan untuk makan durian.
Tak kira Melayu, India, dan Cina semua gilakan durian. Semua rakyat Malaysia akan bersatu hati demi durian, lebih-lebih kalau tengah murah.
Malah, ada dalam kalangan mereka sanggup berjalan jauh untuk menikmati buah tersebut. Tetapi, apabila permintaan durian meningkat, penjual durian akan mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.
Tetapi berbeza pula dengan seorang pemuda di Kedah ini apabila dia mendapat pujian ramai kerana menjual durian tanpa kulit.
Selalunya, jika kita beli durian, kita akan membeli buah durian tanpa kulit tetapi harganya tetap sama agar menyenangkan kita di rumah. Berbeza dengan pemuda ini yang akan mengopek durian dihadapan pembeli dan isinya sahaja akan ditimbang.
Ini telah dikongsikan oleh Siti Hajar di akaun Facebook miliknya hingga mendapat 6900 perkongsian. Dalam perkongsian ini, dikatakan kedai ini terletak di lebuh raya Universiti Utara Malaysia menghala ke Changlun.
Bukan itu sahaja, jika isi durian yang ditimbang tidak elok, ia akan dibuang.
Rata-rata netizen memuji sikap pemuda yang jujur semasa meniaga dan mengharapkan beliau dimurahkan rezeki pada masa depan.