“Terkedu Sekejap” – Wikipedia ‘Refer’ Azal & Azil Sebagai ‘Orang Gila’, Zarina Menangis Kecewa

Hiburan

“Terkedu Sekejap” – Wikipedia ‘Refer’ Azal & Azil Sebagai ‘Orang Gila’, Zarina Menangis Kecewa

Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan sesetengah individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi hantaran tersebut, Zarina akui terkilan apabila anaknya, Azal Azrai dituduh dengan matlumat tidak benar termasuk diberi panggilan ‘orang gila’ di laman Wikipedia.

Advertisement

Malah, apa yang lebih menyedihkan apabila perkara itu dihantar sendiri oleh anak istimewanya itu kerana keliru apabila butiran peribadinya disunting jauh dari informasi sebenar.

Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di Wikipedia kata Azal gila ibu tengok ni..

Saya yang baca jadi terkedu sekejap saya peluk dia saya kata Azal tak gila Azil tak gila.. Azal dan abang Azil anak istimewa.. anak ibu..

Enggan anaknya murung disebabkan perkara itu, Zarina turut meninggalkan kata-kata semangat kepada kedua anaknya yang menghidap Autisme itu.

Allah ada.. biar orang kata apa Allah ada.. kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau..

Selain digelar orang gila, individu berkenaan turut menukar matlumat tempat tinggal Azal di Neraka dan tidak mempunyai pasangan kerana tiada siapa yang menginginnya.

Menjengah di ruangan komen, hantaran tersebut telah mengundang rasa marah orang ramai dan rakan artis yang rata-ratanya mengecam tindakan individu berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Dah Teruk Sangat" - Alami Sakit Tulang Belakang, Ramai Sebak Lihat Zamani Didukung Turun Pentas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...