Terkandas Di Negara Asal, Ribuan Pekerja Bangladesh Tunjuk Perasaan Mahu Kembali Ke Malaysia

Trending

Terkandas Di Negara Asal, Ribuan Pekerja Bangladesh Tunjuk Perasaan Mahu Kembali Ke Malaysia

Kira-kira lebih 25,000 pekerja Bangladesh dari Malaysia kini terkandas di negara asal sejak penularan pandemik COVID-19.

Susulan kejadian, mereka dikatakan tampil memprotes dan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kementerian Luar di Dhaka bertujuan untuk menuntut bantuan kerajaan supaya kembali bekerja di Malaysia.

Advertisement

Menerusi laporan Gempak yang dipetik dari sumber New Age Bangladesh, rata-rata yang terperangkap itu merupakan pekerja yang pulang ke negara asal atas tujuan bercuti, namun segalanya berubah selepas mereka difahamkan tidak dapat pulang semula ke Malaysia berikutan pandemik tersebut.

Namun demikian, menurut Setiausaha Luar, Masud Momen, pihaknya akan memberi jaminan kerajaan Bangladesh untuk berbincang dengan Malaysia bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka.

Lebih perit, sebahagian besar pekerja juga memaklumkan Visa mereka sudah tamat tempoh.

Justeru ia seakan menjadi faktor utama golongan ini menghadapi kesukaran untuk kembali bertandang ke Malaysia.

Selain menuntut kerajaan menyediakan dana bantuan kewangan kerana tidak bekerja selama lebih tujuh bulan, mereka juga menggesa kerajaan untuk campur tangan dan membantu menyelesaikan isu dokumen perjalanan agar mampu kembali ke tempat kerja di Malaysia.

Sumber: BH Online, Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...