Written by Bella | January 14th, 2020

Pelakon Ruhainies berdepan pengalaman menakutkan dan detik mencemaskan apabila dia serta ibu bapanya terkandas di Manila, Filipina kerana letusan gunung berapi yang berlaku di negara tersebut.

ruhainies

Gunung Berapi Taal meletus dan terus memuntahkan asap tebal sehingga memaksa beberapa jadual penerbangan ditangguhkan.

Ruhainies yang dihubungi berkata, dia bersama ibu bapanya terpaksa mencari jalan lain untuk pulang ke Malaysia. Mereka terpaksa membeli tiket penerbangan baru dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark dengan harga mencecah RM15,000 untuk ke Kuala Lumpur.

ruhainies terkandas manila

Lapangan Antarabangsa Clark mengambil masa dua jam perjalanan dari pusat bandar dan lokasinya agak  jauh dari kawasan berlakunya letusan gunung berapi.

Saya sepatutnya pulang ke tanah air jam 9.30 malam tadi (Ahad). Namun, kerana letusan gunung berapi itu, kesemua penerbangan dibatalkan. Saya dimaklumkan, pihak syarikat penerbangan hanya boleh mengatur untuk pembelian tiket baru selepas seminggu.

ruhainies

Mahu atau tidak, saya bersama ibu dan ayah terpaksa mencari alternatif lain dengan membeli tiket pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark yang terletak dua jam dari Manila. Disebabkan pada saar akhir, jadi harga pun mahal hingga mencecah RM15,000. Tapi, saya tidak ada pilihan lain kerana harus pulang juga sebab ada komitmen kerja lain yang perlu diselesaikan.

Berkongsi situasi di lapangan terbang ketika dimaklumkan penerbangan mereka telah dibatalkan, ramai penumpang terdiam berkemungkinan kerana terlalu panik.

ruhainies manila

Difahamkan, Ruhainies berada di Manila sejak 10 Januari lalu bagi menghadiri acara Anugerah Televisyen Asia ke-24.

Sumber Berita : Harian Metro

14 responses to Terkandas Di Manila, Ruhainies Beli Tiket Baru RM15,000 Balik Malaysia

  1. hahahaha says:

    dia nak bagitau la tu dia pakai duit dia beli tiket
    kang tak2 pasal2 org blame bofren dia belikan

  2. angelarina says:

    okay jugaklah dia mampu beli tiket flight 15K…daripada kau duduk kat sini sakit hati sebab jangan kata 15K…15 hengget pun belum tentu kau ada..sedih.

  3. Anonymous says:

    ruhainies ni kalo xnak nmpk murah.. elok lah diam2 jer… lagi byk show off makin nmpk cheap…. nk laki org kaya ni jgn nmpk perangai cheap.. lebih lagi belum ade ikatan…

  4. Anonymous says:

    TULAH MERAYAP LAGI DGN PAKWE..TK HABIS2..

  5. anonymous says:

    ko pegi trjun dlm lahar volvano lg baguss menyemak je kau dgn akak kau sama je WANNABE

Tinggalkan Komen Anda Di Sini