Terjumpa Tikus Di Kedai Bakeri Popular Di Midvalley, Sikap Pengurusan Premis Cuba “Tuding Jari” Dikritik Netizen

Trending

Terjumpa Tikus Di Kedai Bakeri Popular Di Midvalley, Sikap Pengurusan Premis Cuba “Tuding Jari” Dikritik Netizen

Viral di laman sosial apabila seorang wanita yang bernama Melon Roux telah memuat naik satu status berkenaan terjumpa seekor tikus ketika hendak membeli roti di sebuah bakeri popular di pusat membeli belah Mid Valley.

Advertisement

Namun dalam masa yang sama, pihak bakeri terbabit dilihat seakan cuba menunding jari kepada pihak Mid Valley sehingga mengundang kritikan netizen.

Jom baca..

“Sedang saya seronok memilih roti, tiba-tiba rakan saya menjerit dan membuatkan saya terkejut lalu bertanya apa yang berlaku. Namun dia tidak menjawab soalan saya, sebaliknya terus merenung dulang roti di depan matanya itu.

“Apabila saya menjenguk apa yang dilihat olehnya, saya tergamam seketika! Saya terus kembalikan segala roti yang telah diambil dan memaklumkan perkarai tu kepada kakitangan kedai berkenaan,” katanya lagi.

Meskipun Roux tidak menyatakan nama kedai berkenaan, netizen masih dapat meneka kedai tersebut berdasarkan corak di tingkap premis.

Dalam maklumbalas awal Komugi Malaysia berkata, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap isu tersebut dan kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku. Komugi juga telah melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan MidValley.

Malangnya, kenyataan pihak Komugi itu mendapat kritikan beberapa netizen kerana dilihat cuba menunding jari terhadap pihak pengurusan MidValley.

“Saya rasa anda (Komugi) tidak sepatutnya menunding jari terhadap pihak pengurusan. Ini adalah tanggungjawab anda untuk memastikan persekitaran premis anda bersih!” kata Wee Shyun Yu.

Hype.my melaporkan tidak beberapa lama kemudian, komen Wee Shyun Yu telah dipadamkan. Tindakan pihak pengendali laman Facebook Komugi itu jelas sekali tidak profesional dalam soal menangani aduan pelanggan.

Dalam kenyataan media rasmi, Komugi juga mengumumkan bahawa premisnya di MidValley akan ditutup buat sementara waktu  untuk siasatan dan Komugi juga memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

“Keselamatan dan kualiti makanan adalah keutamaan kami dan kami akan menyiasat kes ini dengan serius. Pada masa ini, kami sedang bekerjasama dengan beberapa pihak dan pengurusan bangunan untuk menyiasat insiden berkenaan,” kata kenyataan itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.