Viral di laman sosial apabila seorang wanita yang bernama Melon Roux telah memuat naik satu status berkenaan terjumpa seekor tikus ketika hendak membeli roti di sebuah bakeri popular di pusat membeli belah Mid Valley.
Namun dalam masa yang sama, pihak bakeri terbabit dilihat seakan cuba menunding jari kepada pihak Mid Valley sehingga mengundang kritikan netizen.
Jom baca..
“Sedang saya seronok memilih roti, tiba-tiba rakan saya menjerit dan membuatkan saya terkejut lalu bertanya apa yang berlaku. Namun dia tidak menjawab soalan saya, sebaliknya terus merenung dulang roti di depan matanya itu.
“Apabila saya menjenguk apa yang dilihat olehnya, saya tergamam seketika! Saya terus kembalikan segala roti yang telah diambil dan memaklumkan perkarai tu kepada kakitangan kedai berkenaan,” katanya lagi.
Meskipun Roux tidak menyatakan nama kedai berkenaan, netizen masih dapat meneka kedai tersebut berdasarkan corak di tingkap premis.
Dalam maklumbalas awal Komugi Malaysia berkata, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap isu tersebut dan kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku. Komugi juga telah melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan MidValley.
Malangnya, kenyataan pihak Komugi itu mendapat kritikan beberapa netizen kerana dilihat cuba menunding jari terhadap pihak pengurusan MidValley.
“Keselamatan dan kualiti makanan adalah keutamaan kami dan kami akan menyiasat kes ini dengan serius. Pada masa ini, kami sedang bekerjasama dengan beberapa pihak dan pengurusan bangunan untuk menyiasat insiden berkenaan,” kata kenyataan itu.