Terjatuhnya Empayar Itu Kerana Pengkhianatan Bangsa Dan Agama Sendiri – Teguran Sinis Boy Iman Buat Pendengki

Hiburan

Terjatuhnya Empayar Itu Kerana Pengkhianatan Bangsa Dan Agama Sendiri – Teguran Sinis Boy Iman Buat Pendengki

Tentu ada yang masih ingat dengan kes penahanan Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman atas tuduhan penipuan skim rumah murah yang gagal disiapkan selepas pembeli membuat bayaran. Selepas beberapa kali ditahan reman, Boy Iman akhirnya dibebaskan dan ada beberapa pihak mengatakan ada individu yang iri hati dengan projek diusahakan oleh syarikat DBI Properties milik beliau.

Advertisement

Setelah lama menyepi kerana isu hangat berkenaan, Boy Iman dalam satu muat naik terbaru beliau di akaun Instagram membuat satu teguran sinis buat pendengki. Boy berkata, runtuhnya sebuah empayar itu adalah kerana perasaan hasad dengki dan pengkhianatan sesama bangsa dan agama.

Boy Iman pada masa yang sama berdoa agar syarikat satu hari nanti akan menjadi satu empayar yang lebih besar dan dikenali setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sebelum ini.

Agak deep dan sinis juga kenyataan yang dibuat oleh Boy Iman, namun apa yang berlaku disebalik penahanan beliau sehingga hari ini masih lagi tergantung dan mencetuskan tanda tanya. Hmmph..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...