Terjatuh Dalam Bilik Air Dan Terkena Serpihan Sinki Pecah, 2 Orang Kanak-Kanak Lelaki Parah.

Trending

Terjatuh Dalam Bilik Air Dan Terkena Serpihan Sinki Pecah, 2 Orang Kanak-Kanak Lelaki Parah.

Saya Ridhwan mewakili abang saya Hazlisyam yang kini berada di Kuala Lumpur memohon supaya kawan-kawan yang berada di dalam group atau Facebook ini mendoakn anak dua orang anak beliau agar cepat sihat seperti sediakala.. Amin.

Advertisement

Assalamualaikum, pada jam 11:30 pagi saya telah mendapat satu penggilan daripada isteri dalam keadaan menangis dan terketar-ketar, dia cakap “Abang balik cepat, tengok anak, perut terburai, banyak darah keluar.”

Saya Nor Hazliysham dari Skuad Maritime Para Rescue Team (MPRT) pagi ini(semalam) sedang melakukan persiapan fitik untuk majlis hari raya di pengkalan.

Selepas itu saya terus bergegas balik dan sempat memaklumkan kepada Koperal Suhaimi MPRT, pihak ambulan dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah sampai dan kejarkan anak saya ke HKL dan dibantu oleh jiran-jiran di kuarters Desa Setia Wira sebelah dengan Transit KL.

Saya terus ke HKL dan tunggu permbedahan dilakukan, anak sulung saya ditempatkan di wad Pediatrik KK& katil 15, manakala yang adik pulak ditempatkan di wad kanak-kanak KK4.

Semua ini terjadi berpunca daripada singki di dalam bilik air telah jatuh di mana ketika itu mereka sedang mandi, Adam terbelah di perut manakala Awisy pula luka di peha dan sekarang berada di Zon Merah.

Saya baru lepas temuduga dan isi borang semua, tunggu untuk doktor lakukan pembedahan, Syafakallah semua dan semoga dipermudahkan segala kesulitan ini.. amin.

Hazlisyam dalam satu kemaskini di laman Facebooknya kira-kira jam 3:20 pagi tadi tadi memberitahu yang semua pembedahan telah berjalan dengan lancar, kedua-dua anaknya itu dilaporkan stabil dan dalam pemantauan pihak hospital.

“Alhamdulillah semuanya sudah selesai kira-kira jam 10 malam tadi, keadaan kedua-duanya telah stabil dan masing-masing kena jaga sorang satu.”

“Baru sedar dan mula rasan nak makan sebab dah puasa dari awal sebelum pembedahan, terima kasih atas doa semua kawan-kawan,”

Sumber : Nor Hazliysham Ridhwan Wahid , Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...